Laporan Pertandingan Perahu Panjang sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tarikh Pertandingan : 6 Mac 2010 dan 7 Mac 2010
Hari : Sabtu dan Ahad
Pelajar : 24 orang pelajar tingkatan 4
Dengan berbekalkan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar di kalangan pelajar dan guru-guru, maka pelajar telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan.
Dengan berbekalkan semangat yang tinggi dan berkobar-kobar di kalangan pelajar dan guru-guru, maka pelajar telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan. Sungguhpun SAS kejayaan ini hanya pada kedudukan ketiga namun yang penting adalah pengalaman pelajar dalam menguasai teknik mendayung yang betul. Antara guru yang terlibat dengan aktif ialah Pn. Roslia Ahmad, En. Md. Fadzil bin Abd Rahman, En. Annuar Khisham bin Isa, En. Zulkifli bin Aman dan Pn. Nurul Sazwani binti Idris. Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada jurulatih iaitu En. Riduan Abdullah yang turut membantu dalam menjayakan sesi latihan pada setiap hari bermula pada 28 Februari 2010. Para pelajar telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM800.00, mereka juga berbesar hati menyumbang sebanyak RM200.00 kepada tabungan kelab.
Klik disini untuk login kepada akaun email anda di @sas.edu.my
Sila gunakan enjin pencarian untuk mencari artikel berkaitan
Klik disini untuk memuat turun dokumen pelajaran.
Klik disini untuk melihat galeri video dan gambar Sekolah Alam Shah