headerbm.png

Menu Utama

Laman Utama
Home

Pengumuman

Pautan

moegovlink.jpg
moeedulink.jpg
eduweblink.jpg
msclink.jpg

Bil Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
Profil Sekolah Cetak Emel
sasfront1.pngSekolah Sultan Alam Shah merupakan sebuah sekolah berasrama penuh (Dibawah Naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan) yang diiktiraf dan diberi status sebagai Sekolah Kluster, Sekolah Bestari dan Sekolah Primier. Sekolah ini juga merupakan antara institusi pendidikan harapan negara dalam mendidik dan melahirkan insan berjaya dari segi semua aspek sekaligus berkemampuan memimpin negara pada masa akan datang.

sasfront.pngMISI

Melaksanakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

VISI

Menjana Modal Insan Bertaraf Dunia

FALSAFAH

Paduan antara ilmu, iman dan amal adalah dasar utama dalam pembinaan intelek, rohani dan jasmani kearah melahirkan insan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah dan masyarakat

SEJARAH SEKOLAH

sasbuilding.png Penubuhan Sekolah Alam Shah merupakan salah satu hasil kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1958. Pada ketika itu, Sekolah Alam Shah merupakan sekolah menengah aliran melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam dan juga merupakan jambatan pertama pelajar-pelajar aliran melayu melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi. Pada 7 Februari 1963 sekolah ini telah dibuka pertama kali untuk sesi persekolahan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
 
sasbuilding1.png Bermula dari tahun 2001, kerja-kerja pembinaan Sekolah Alam Shah Putrajaya dijalankan di atas tanah seluas 24 hektar yang menelan belanja RM 54 juta dan ia merupakan antara sekolah SBP yang termahal pernah dibina. Perpindahan Sekolah Alam Shah merupakan hasil persetujuan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad daripada cadangan bekas pelajar SAS Tan Sri Shamsuddin bin Hitam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Perdana Menteri menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sekolah terunggul di Putrajaya.
Setelah 40 tahun mencipta kecemerlangan di tapak Kuala Lumpur, Sekolah Alam Shah meneruskan kegemilangan residensi yang lebih berprestij iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tanggal 26 April 2003 menyaksikan 652 pelajar SAS berhijrah ke kampus baru. Lokasi Sekolah Alam Shah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan membuktikan taraf elit tertinggi antara sekolah-sekolah di Malaysia.
perasmian.png Pada tanggal 25 Mac 2006 Sekolah Alam Shah melakar sejarah sekali lagi apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor perkenan untuk memilih nama baru bagi Sekolah Alam Shah iaitu Sekolah Sultan Alam Shah bersempena dengan nama nenda baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan menjadikan Sekolah Sultan Alam Shah di bawah naungan Sultan Selangor melalui surat bertarikh 7 Ogos 2006.
Kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Sultan Alam Shah tidak berhenti begitu sahaja kerana sekali lagi peristiwa bersejarah dilakarkan apabila Sekolah Sultan Alam Shah telah diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini pada tarikh 30 Mac 2007 oleh YB Dato' Sri Hishamudin bin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia.


LOGO DAN BENDERA SEKOLAH

logosas.jpg

 

Penjelasan

  • Obor - Pendidikan dan Bimbingan
  • Buku - Ilmu pengetahuan
  • Bulan Bintang - Negara, Agama Islam dan Rukun negara
  • Warna Kuning - Waspada
  • Warna Biru - Ketenangan
  • Warna Putih - Kesucian
  • Warna Merah - Keberanian
bendera.jpg  

Penjelasan

  • Warna Biru - Perpaduan & Ketenangan
  • Logo Sekolah - Kedudukan di tengah menunjukkan penerimaan pendidikan secara menyeluruh

POPULASI WARGA SAS

  • Kakitangan Akademik - 80 orang
  • Kakitangan Bukan Akademik - 36 orang
  • Pelajar - 850 orang

 
 
 
email.jpg
Klik disini untuk login kepada akaun email anda di @sas.edu.my
carian.jpg
Sila gunakan enjin pencarian untuk mencari artikel berkaitan
dokumentasi.jpg
Klik disini untuk memuat turun dokumen pelajaran.
gallery.jpg
Klik disini untuk melihat galeri video dan gambar Sekolah Alam Shah
 
  Copyright © 2008 Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya