Sekolah Sultan Alam Shah

 

Latarbelakang SAS Print E-mail
User Rating: / 69
PoorBest 
Sunday, 15 May 2011 07:54
Pengenalan

sasfront1.pngSekolah Sultan Alam Shah merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (Dibawah Naungan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor Darul Ehsan) yang diiktiraf dan diberi status sebagai Sekolah Premier, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Bestari. Sekolah ini juga merupakan antara institusi pendidikan harapan negara dalam mendidik dan melahirkan insan berjaya dari segi semua aspek sekaligus berkemampuan memimpin negara pada masa akan datang.

sasfront.png



MISI

Melaksanakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.


VISI

Menjana Modal Insan Bertaraf Dunia


FALSAFAH

Paduan antara ilmu, iman dan amal adalah dasar utama dalam pembinaan intelek, rohani dan jasmani kearah melahirkan insan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, sekolah dan masyarakat


SEJARAH SEKOLAH

sasbuilding.png Penubuhan Sekolah Alam Shah merupakan salah satu hasil kejayaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak pada tahun 1958. Pada ketika itu, Sekolah Alam Shah merupakan sekolah menengah aliran melayu yang pertama mengadakan kelas tingkatan enam dan juga merupakan jambatan pertama pelajar-pelajar aliran melayu melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi. Pada 7 Februari 1963 sekolah ini telah dibuka pertama kali untuk sesi persekolahan. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahudin Abdul Aziz ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj telah merasmikan pembukaan sekolah ini.
 
sasbuilding1.png Bermula dari tahun 2001, kerja-kerja pembinaan Sekolah Alam Shah Putrajaya dijalankan di atas tanah seluas 24 hektar yang menelan belanja RM 54 juta dan ia merupakan antara sekolah SBP yang termahal pernah dibina. Perpindahan Sekolah Alam Shah merupakan hasil persetujuan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad daripada cadangan bekas pelajar SAS Tan Sri Shamsuddin bin Hitam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Perdana Menteri menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sekolah terunggul di Putrajaya.
 
Setelah 40 tahun mencipta kecemerlangan di tapak Kuala Lumpur, Sekolah Alam Shah meneruskan kegemilangan residensi yang lebih berprestij iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya. Tanggal 26 April 2003 menyaksikan 652 pelajar SAS berhijrah ke kampus baru. Lokasi Sekolah Alam Shah di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan membuktikan taraf elit tertinggi antara sekolah-sekolah di Malaysia.
 
perasmian.png Pada tanggal 25 Mac 2006 Sekolah Alam Shah melakar sejarah sekali lagi apabila Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor perkenan untuk memilih nama baru bagi Sekolah Alam Shah iaitu Sekolah Sultan Alam Shah bersempena dengan nama nenda baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan menjadikan Sekolah Sultan Alam Shah di bawah naungan Sultan Selangor melalui surat bertarikh 7 Ogos 2006.
Kecemerlangan dan kegemilangan Sekolah Sultan Alam Shah tidak berhenti begitu sahaja kerana sekali lagi peristiwa bersejarah dilakarkan apabila Sekolah Sultan Alam Shah telah diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini pada tarikh 30 Mac 2007 oleh YB Dato' Sri Hishamudin bin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada 25 Jan 2011, Sekolah Sultan Alam Shah terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.


LOGO DAN BENDERA SEKOLAH

logosas.jpg

 

Penjelasan

  • Obor - Pendidikan dan Bimbingan
  • Buku - Ilmu pengetahuan
  • Bulan Bintang - Negara, Agama Islam dan Rukun negara
  • Warna Kuning - Waspada
  • Warna Biru - Ketenangan
  • Warna Putih - Kesucian
  • Warna Merah - Keberanian
bendera.jpg  

Penjelasan

  • Warna Biru - Perpaduan & Ketenangan
  • Logo Sekolah - Kedudukan di tengah menunjukkan penerimaan pendidikan secara menyeluruh
LAGU SEKOLAH
Lirik ditulis dan digubah oleh guru Indonesia, Oscar H. Batoebara.


Sekolah Alam Shah
Megah Berjasa
Membimbing Satria
Harapan Bangsa

Cita Usaha Jaya
Amalan Kita
Jadi Cogan Kata
Setiap Masa

Pelajar Alam Shah
Taat Berbakti
Untuk Nusa Dan Bangsa
Ibu Pertiwi

Tuhan Merestukan
Cita-Cita Mulia
Bertekad Dan Berdoa
Alam Shah Jaya







 

 

Comments (5)
 

 

 

Alih Bahasa

Malay Arabic Chinese (Traditional) Dutch English Filipino French German Greek Hindi Indonesian Italian Japanese Korean Persian Portuguese Russian Spanish Swedish Thai Turkish Ukrainian Urdu Vietnamese

Imbas Kod QR

QR Code

Pengumuman

* 21 Mac 2014 - Mesyuarat Agong Persatuan Ibubapa dan Guru alt

Mutiara Kata

Orang yang mempunyai seribu orang kawan, tidak seorangpun yang akan ditemuinya. Tetapi orang yang mempunyai seorang musuh akan menemuinya dimana-mana. - RALPH WALDO EMERSON


 

PMR
Hari lagi

SPM

SPM
Hari Lagi

Jadual Outing

PELAJAR DIBENARKAN
BALIK BERMALAM
SELEPAS JAM 2.30 PETANG

PELAJAR DIKEHENDAKI
KEMBALI KE SAS
SEBELUM PUKUL 6.00 PETANG

BULAN

BALIK BERMALAM

OUTING

JAN

17-19 Jan (T1 shj)

30 Jan-4 Feb

04-Jan

11-Jan

FEB

 

18-Jan

08-Feb

22-Feb

MAC

6-9 Mac (T1 shj)
22 -30 Mac

01-Mac

15-Mac

APRIL

26-27 April

12-Apr

MEI

28 Mei-15 Jun

03-Mei

17-Mei

JUN

28-29 Jun

 

JULAI

5-6 Julai

12-13 Julai

19-20 Julai

26 Jul- 3 Ogos

OGOS

30 Ogos- 1 Sept

16 Ogos 

SEPT

13-21 Sept

06-Sept

OKT

4-6 Okt

18 Okt

NOV

22 Nov- 4 Jan

08-Nov

 

[OKU]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color


 
Spread Firefox Affiliate Buttonchromesapari

Paparan Terbaik : 1024 x 768 dan ke atas

Polisi Privasi l Polisi Keselamatan l Notis Hak Cipta l Peta Laman

Penafian : Kerajaan Malaysia  tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerosakan
disebab oleh penggunaan maklumat yang diambil dari laman web ini.