Utama   |   Kokurikulum  >  Kelab & Persatuan

Kelab & Persatuan

PERSATUAN BAHASA MELAYU

Guru Persatuan:
  • Pn Hjh Aminah bt Mohd Noor (K)
  • Pn Nurul Aini bt Zainuddin
  • Ahli- Ahlii Panitia B. Melayu

PERSATUAN BAHASA INGGERIS

Guru Persatuan:
  • Pn Hjh Sarminah Bt Salim (K)
  • En Saiful Putra B Zakaria
  • Ahli-Ahli Panitia B. Inggeris

PERSATUAN SEJARAH

Guru Persatuan:
  • Pn Hjh Masariah bt Mispari (K)
  • n Noor Izatul Hanim bt Md. Rushadi
  • Ahli-ahli Panitia Sejarah

PERSATUAN GEOGRAFI DAN ALAM SEKITAR

Guru Persatuan:
  • En Zulkifli b Aman (K)
  • Pn Roslia bt Ahmad
  • Pn Masni bt Khamis

RUKUN NEGARA

Guru Persatuan:
  • Pn Norjahan bt Besar (K)
  • Pn Mazliza bt Abd. Rahim

KELAB SENI WARISAN (Kompang, Percussion dan Tarian dll)

Guru Persatuan:
  • Pn Atifah bt Mohd.(K)
  • Pn Azie Nurul Akhtar b Nabir
  • Pn Hjh Masariah bt Mispari
  • Pn Norlizawati bt Baharin

ASPNet (Associated Schools Project Network) UNESCO

Guru Persatuan:
  • Cik Chin Siew-Siew (K)
  • Pn Mimi Hairina Bt Abdul Hamid
  • Pn Azlina Nashriby bt Mohd. Baharom

Kelab ASPNet (Associated Schools Project Network) UNESCO SAS ditubuhkan pada bulan September, 2002. SAS merupakan salah satu sekolah terpilih oleh Suruhanjaya UNESCO Malaysia (SKUM) bersama 25 buah sekolah menengah dari seluruh Malaysia. Kelab ini bergiat aktif sejak penubuhannya dengan penyertaan dalam semua aktiviti anjuran SKUM di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Pada tahun 2008, kelab ini menjadi ahli dalam Asia Europe Classroom Network (AECNet) anjuran Asia Europe Foundation (ASEF) dan bermulalah penyertaan pelajar-pelajar dan guru-guru SAS di dalam projek-projek peringkat antarabangsa yang melibatkan sekolah-sekolah dari Eropah dan Asia. Warga SAS juga berpeluang menyertai AEC Conference di luar negara hampir setiap tahun.

Melalui hubungan silahturrahim yang terjalin dari projek-projek yang disertai, SAS juga telah berjaya meluaskan kolaborasi jaringan dan jalinan dengan institusi dan sekolah-sekolah di Singapura, Indonesia, India, Jepun, Czechoslavakia, Neatherlands, Greece, Italy, Hungary dan lain-lain. Sejajar dengan aspirasi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), antara jaringan yang telah dikekalkan sejak tahun 2008 ialah Program Pertukaran Pelajar dan Homestay dengan Sekolah Islam Fitrah Al-Fikri (SIF Al-Fikri), Indonesia; Friendship Program of SAS – Kokusai Gakuin Junior and Senior High School, Jepun (sejak 2010) dan Program Pertukaran Budaya Antarabangsa SAS-St. Mark’s Senior Secondary School, Merra Bagh, India (sejak 2012).

Kelab ASPNet SAS mengutamakan Education for Sustainable Development (ESD) dengan tujuan memberi ahli-ahli kesedaran terhadap alam sekitar serta pemahaman tentang pelbagai budaya dan permuafakatan global.

Foto-foto:

ASTROMATIK

Guru Persatuan:
  • Pn Norhizan Bt Mohd. Dawa. (K)
  • Pn Nurul Nurul Hayati bt Ibrahim
  • Pn Norasiah Bt Ambia

INOVASI SAINS & REKACIPTA

Guru Persatuan:
  • Pn Hjh Samsiah bt Radiman (K)
  • Pn Zairul Husni Bt Wan Zein@Md Zain
  • Pn Siti Zarida bt Ishak
  • Pn Haziah bt Awang Lah

KELAB KOPERASI & PENGGUNA

Guru Persatuan:
  • Pn Rusilawati bt Moin (K)
  • Pn Eliza Bt Khamis
  • Pn Maslinda b Misran
  • Ahli-ahli Kopersi SAS

KEMBARA & PELANCONGAN

Guru Persatuan:
  • Cik. Norwati bt Manaf (K)
  • En Muhammad Rizal B Jusah

FOTOGRAFI/DOKUMENTASI

Guru Persatuan:
  • Pn Khoo Poh Suan (K)
  • En Mohd. Saufi bin Othman
  • En Kho Chiew Tong

KEMBARA & PELANCONGAN

Guru Persatuan:
  • Cik. Norwati bt Manaf (K)
  • En Muhammad Rizal B Jusah

KESENIAN ISLAM

Guru Persatuan:
  • Pn Mahfuzah bt Che Chob (K)
  • Pn Nabilah bt Mukhtar
  • Pn Rusuwati @ Roswatii bt Othman
  • Pn Siti Dzaliha bt Minhat

SENI VISUAL KREATIF

Guru Persatuan:
  • Pn Azwin Bt Shamsuddin (K)
  • Pn Norsyidah bt Abdullah

KELAB MUZIK

Guru Persatuan:
  • En Banchakorn a/l Sombon

Kelab Muzik Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) ditubuhkan secara rasminya pada bulan Januari, 2014. Kelab ini telah wujud sebelum ini namun tidak didaftarkan secara rasmi. Pada asalnya kelab ini hanya merangkumi pasukan khas iaitu pasukan gamelan dan jazzband. Namun penubuhannya pada 2014 telah menggariskan objektif Kelab Muzik SAS adalah untuk melatih pelajar muzik dalam kepimpinan, menjadi pusat pengukuhan ilmu muzik yang dipelajari dan mengetengahkan bakat pelajar untuk dikembangkan. Pasukan gamelan dikekalkan dengan penambahan beberapa kumpulan lain. Merupakan nadi penggerak Kelab Muzik SAS, pasukan ini telah diberi nama kumpulan GATRASAS.

Pasukan GATRASAS (Gamelan Putra SAS) telah menjadi peserta Bengkel di International Gamelan Festival anjuran Universiti Teknologi Mara pada tahun 2014 sebagai langkah permulaan. Hasilnya pada Festival Muzik dan Caklempong SBP Kebangsaan 2015 yang diadakan pada 3-5 April 2015 di Sekolah Sains Tunku Munawir, Seremban pasukan ini telah meraih Sijil Perak, Anugerah Persembahan Terbaik dan Tempat Ketiga bagi kategori Gamelan.

Kelab Muzik SAS juga telah mengadakan Battle of The Band Interhouse pada 13 Feb 2015. Pertandingan diadakan sebagai acara tahunan dan bertujuan mencungkilkan bakat pelajar dan merehatkan minda mereka. Pertandingan ini dikendalikan oleh Pasukan Live Band SAS. Piala Pusingan telah disumbangkan oleh Pengetua SAS. Kelab Muzik SAS juga mengadakan kelas gitar, drumline dan gitar menubuhkan pasukan violin sebagai persediaan ke arah Pop Orkestra di SAS pada masa hadapan.

Sejajar dengan aspirasi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), antara jaringan yang dijalankan adalah dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 2014 dan baru-baru ini bersama SBPI Gombak. Kelab Muzik SAS sebenarnya menekankan pembentukan pelajar melalui muzik di mana ahli-ahli diberi peluang merasai pengalaman muzikal dan belajar untuk lebih yakin apabila membuat persembahan di khalayak ramai. Selain itu, pemupukan semangat patriotisme juga turut diterapkan agar pelajar SAS mempunyai jati diri dan pemikirinan nasional apabila berdepan dengan dunia luar yang serba mencabar.

Kelab Muzik SAS menerima pelbagai jemputan untuk persembahan majlis makan malam malahan majlis perkahwinan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak sekolah atau guru penasihat kelab iaitu En. Banchakorn Sombon (017-4201217)

Foto-foto:

CRIMINISING WAR CLUB

Guru Persatuan:
  • En Ahmad Shah b Abdul Rahman(K)
  • Pn Nor Aishah bt Mahad