Utama   |   HEM  >  Kebajikan

BANTUAN KEWANGAN

Bantuan kewangan yang boleh dipohon adalah seperti berikut:

  • PROJEK KHAS (PK)
  • BIASISWA KECIL PERSEKUTUAN (BKP)
  • ZAKAT
  • YAYASAN SARAWAK
  • BIASISWA DYMM SULTAN SELANGOR
  • BIASISWA LAIN

BIASISWA DYMM SULTAN SELANGOR

Kriteria permohonan adalah seperti berikut:

  • Lahir di negeri Selangor
  • Cemerlang dalam akademik
       - 5A dalam peperiksaan UPSR
       - 10A dalam peperiksaan PT3
       - 9 atau 10A dalam peperiksaan SPM
  • Ibu bapa atau penjaga berpendapatan rendah atau sederhana (tidak melebihi daripada RM 5000)
bantuan kewangan

Penerima Biasiswa DYMM Sultan Selangor Tahun 2015

BIASISWA BKP (BIAWASISWA KECIL PERSEKUTUAN)

Kriteria permohonan adalah seperti berikut:

  • Pelajar mesti cemerlang dalam akademik dan kokurikulum
  • Pendapatan ibu bapa/penjaga mesti RM1500 ke bawah

PROJEK KHAS
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN

SEJARAH DAN RASIONAL PENUBUHAN:

  • BANTUAN DAN PEMBIAYAAN DISALUR KEPADA MURID DARI GOLONGAN MISKIN YANG CEMERLANG DALAM BIDANG AKADEMIK YANG AKAN MEMBOLEHKAN MEREKA MENDAPAT PENDIDIKAN TERBAIK BERSESUAIAN DENGAN PRINSIP 'EQUITY IN EDUCATION' YANG DITERAPKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
  • BANTUAN KEWANGAN BAGI MEMBELI KEPERLUAN PERSEKOLAHAN SEPERTI PAKAIAN SEKOLAH, KELENGKAPAN ASRAMA DAN PERALATAN DAN PEMBAYARAN YURAN SEKOLAH.

KRITERIA:

  • WARGANEGARA MALAYSIA
  • PENDAPATAN (GAJI POKOK + ELAUN TETAP) ADALAH RM830 SEBULAN DAN KE BAWAH.

JADUAL PERUNTUKAN (SETAHUN) BAGI SETIAP TINGKATAN:

TINGKATAN 1

RM700

TINGKATAN 2

RM300

TINGKATAN 3

RM350

TINGKATAN 4

RM500

TINGKATAN 5

RM450

ANTARA AKTIVITI SEPANJANG 2014:

  • KOLOKIUM KECEMERLANGAN MURID PROJEK KHAS TING 4 PERINGKAT SBP KEBANGSAAN TAHUN 2014 DI PRIMALAND RESORT PORT DICKSON RESORT & CONVENTION CENTER PADA 22-25 JUN 2014. (4 PELAJAR TING 4 TERLIBAT)
  • SUMBANGAN SEPASANG BAJU MELAYU JAKEL DAN WANG ZAKAT (RM100) SEMPENA HARI RAYA AIDIL FITRI PADA 24 JULAI 2014.
  • JAMUAN PETANG KEPADA 14 PELAJAR PROJEK KHAS TING5 SEBELUM SPM 2014 PADA 31 OKTOBER 2014.
  • LAWATAN ILMIAH KE AQUARIA, KLCC UNTUK 17 PELAJAR PROJEK KHAS TING1 PADA 20 NOVEMBER 2014.
  • LAWATAN ILMIAH KE TURKI PADA 11-22 DISEMBER 2014 . 2 PELAJAR PROJEK KHAS TING4 (TERBAIK AKADEMIK & KOKURIKULUM) DITAJA OLEH PIBG SAS.

ANTARA AKTIVITI SEPANJANG 2015:

  • PEMBELIAN BUKU/ALAT TULIS DARI KOPERASI SAS UNTUK PELAJAR PROJEK KHAS TING2 PADA 14 JANUARI 2015.
  • SUMBANGAN KHAS MANGSA BANJIR PADA 1 MAC 2015.
  • SUMBANGAN KERUSI SEMPENA SAS TALENT NITE DARI PIBG PADA 14 MAC 2015.
  • SUMBANGAN KHAS JAM TANGAN KEPADA 25 PELAJAR PROJEK KHAS TING3 PADA 26 MAC 2015.
  • SUMBANGAN KUPON RM10 SEMPENA HARI USAHAWAN SAS 2015.
  • LAWATAN KE KIDZANIA,KL UNTUK 32 PELAJAR PROJEK KHAS TING 1-3 PADA 26 MEI 2015.