FAQ

Utama   |   Info  >  FAQ

FAQ

Bagaimanakah caranya untuk memohon belajar di SAS?

Pemilihan pelajar ke SAS merupakan urusan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Berapakah bayaran yuran persekolahan?

Sekolah ini adalah dibawah Kementerian Pelajaran. Jadi bayaran yuran adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

Adakah pelajar dibenarkan berulangalik dari rumah?

Tidak, semua pelajar dikehendaki tinggal di asrama sekolah.

Adakah SAS dahulunya terletak di Kuala Lumpur?

Ya, sekolah ini dahulunya terletak di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Sekolah ini berpindah ke Putrajaya pada tahun 2003.

Bilakah tarikh outing dan balik bermalam untuk pelajar-pelajar?

Sila rujuk jadual Tarikh Outing dan Balik Bermalam di SINI

Apakah jenis biasiswa yang ditawarkan untuk pelajar-pelajar SAS?

Sila rujuk senarai bantuan kewangan di SINI. Sebarang pertanyaan, sila email kami di info@sas.edu.my atau hubungi kami di 603-88883763.